Sunday, February 7, 2010

Kenapa hidup ni menyusahkan.....


  • Kita seringkali mengalami masalah ketika menjalani proses 'kehidupan'..Bagi segelintir manusia terutama mereka yang hidup di dalam kesusahan,kehidupan mereka penuh dengan masalah...Tidak dinafikan,bukan mereka sahaja yang mempunyai masalah,bahkan bagi mereka yang yang tergolong dalam status berada turut mempunyai masalah..Masalah di dalam kehidupan amat membebankan..Tetapi sejauh mane bebanan yang dihadapi memberi kesan kepada kehidupan kita..

    Kalau dikaji secara terperinci,bebanan akan menyebabkan pelbagai masalah dan memberi kesan yang dalam kepada pemikiran seseorang..Bebanan juga turut akan menyebabkan konflik pada emosi..Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?...Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat,emosi bermaksud keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang...Perubahan ini berlaku pada jiwa atau fikiran manusia secara perlahan-lahan sehingga boleh menyebabkan wujudnya konflikasi pada emosi..Salah satu daripada bentuk masalah emosi adalah tekanan perasaan(stress)..

    Motif saya menulis blog ini adalah ingin membincangkan masalah emosi terutamanya masalah emosi dikalangan remaja..Saya selaku seorang pelajar di ipta juga tidak menafikan yang saya selalu mengalami tekanan(stress) terutamanya di dalam konteks pembelajaran..Kebiasaanya,seseorang yang mengalami masalah ini akan bertindak di luar kotak pemikiran dan jika kita lihat,contoh yang paling jelas adalah dengan membunuh diri..Ini akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung dan tdak ditangani secara menyeluruh..Pemikiran sesorang manusia itu sendiri turut memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini..

    Jadi,bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah stress..Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar,di sini saya ingin berkongsi bagaimanakah cara yang praktikal dapat dilakukan bagi menangani masalah yang sering membelenggui kehidupan seharian manusia..Check it out!!!


    1.Musik.

    Jika anda seorang peminat musik yang berteraskan hardcore,salah satu cara terbaik adalah dengan menghayati elemen-elemen yang terdapat di dalam lagu tersebut..Tetapi sekiranya anda seseorang yang berjiwa sentimental,lagu berunsurkan sentimental adalah yang terbaik..Jika anda seorang pelajar yang meminati lagu sentimental,cuba untuk mendengar lagu sentimental band-band dari luar..Secara tidak langsung,anda dapat meningkatkan bahasa inggeris anda!...Yang penting,cara yang terbaik untuk mengatasi masalah emosi adalah dengan mendengar lagu yang anda minati.

    2.Al-Quran.

    Seperti yang kita tahu,Al-Quran adalah penyelesaian kepada masalah..Jadi,kepada yang beragama islam,tidak salah jika anda cuba untuk membaca Al-Quran.Jika tiada, anda boleh membaca zikir-zikir yang mudah.

    3.Meluahkan perasaan anda kepada sesorang yang rapat dengan anda(bercerita dan mendengar cerita).

    Kajian di negara-negara barat membuktikan,salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah melalui mekanisma perbualan...Melalui perbualan,seseorang manusia itu dapat meluahkan masalah atau dalam konteks yang lebih jelas adalah berkongsi masalah anda!..

    4.Melihat perkara-perkara yang indah.

    Cuba untuk melihat perkara-perkara yang menenangkan..Contohnya,anda boleh cuba melihat ikan di dalam aquarium,melihat burung yang berterbangan di udara dan melihat kehijaun alam sekitar..Stress anda mungkin akan berkurangan..

    5.Pernafasan yang baik.

    Pernafasan yang terbaik adalah dengan menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dengan mulut.Cara ini dapat meningkatkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam sel darah anda dan secara tidak langsung ini akan membolehkan otak anda menyerap lebih banyak oksigen..Otak yang mengandungi lebih banyak oksigen akan bertindak lebih aktif dan ini akan dapat mengurangkan masalah stress.Mungkin sukar untuk mengawal pernafasan anda dengan betul,tetapi cuba bernafas dengan cara ini selam beberapa minit dan stabilkan pernafasan anda.Pejamkan mata,tarik dan hembus nafas beberapa kali,fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.Insyallah,anda akan mampu berfikir dengan lebih tenang..Cara ini juga penting dan amat praktikal ketika berada di dewan peperiksaan..

    6.Kawal pemakanan anda.

    Pemakanan amat penting dan pemakanan juga turut mempengaruhi tindakbalas sistem badan..Kurangkan makan daging merah..Diketahui bahawa daging adalah penyumbang kepada penyakit darah tinggi dan darah tinggi juga adalah salah satu penyumbang kepada masalah tekanan..Pengambilan yang sedikt mungkin diperlukan dalam hidup anda..Umpama bidalan,sikit jadi penawar,banyak jadi racun..Selain itu,banyakkan makan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang tinggi seperti epal dan orange..Elakkan juga mengambil makanan segera kerana makanan segera kebanyakkanya mengandungi bahan pengawet dan bahan ini adalah bahan yang tidak sesuai untuk sistem badan manusia..

    7.Melakukan aktiviti yang menenangkan.

    Melalui kajian,melakukan aktiviti yang menenangkan adalah salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah stress.Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang menenangkan:

    *Menangis
    *Mandi air suam
    *Memeluk dan bercakap dengan bayi
    *Mengamalkan teknik urutan yang betul
    *Melakukan senaman yang ringan
    *Menyiram pokok bunga

    Jadi jelaslah bahawa langkah terbaik bagi mengatasi masalah emosi atau masalah tekanan bermula dari pemikiran anda sendiri..

    So,STOP STRESS AND START LIVING!!!

0 comments:

Post a Comment