Sunday, March 7, 2010

ULASAN BERKENAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN CALON SPM.

Dalam dunia masa kini,penguasaan dalam Bahasa Inggeris amat penting kerana bahasa ini sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia.Jika kita lihat dengan lebih terperinci,bahasa inggeris acapkali digunakan dalam segala urusan.Penguasaan bahasa inggeris yang mantap akan memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia tetapi,persoalannya ialah bagaimanakah penguasaan bahasa inggeris ini dapat dipraktikkan ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Pada pandangan saya,kerajaan telah mengambil pelbagai langkah inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan masyarakat Malaysia.Seperti yang dapat dilihat,kerajaan mensasarkan generasi muda sebagai salah satu agen untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa inggeris.Contoh yang paling jelas yang kita dapat lihat ialah pada tahun 2003 yang lalu,Datuk Seri Tun Dr. Mahathir Mohammad telah memperkenalkan satu dasar iaitu dasar pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris atau lebih dikenali sebagai dasar PPMSI.

Walaupun pada mulanya dasar ini diperkenalkan,ianya mendapat pelbagai tentangan dan seringkali menjadi isu,namun apabila dasar ini diterapkan secara perlahan-lahan ke dalam kehidupan para pelajar,ianya telah berfungsi dengan baik malahan ianya dapat memberi pelbagai kesan kepada pelajar terutamanya terhadap penggunaan inggeris di kalangan pelajar.
Walau bagaimanapun,dasar PPSMI ini telah dipertimbangkan dan kerajaan telah mengambil langkah untuk memansuhkan dasar ini pada tahun 2012. Hal ini berikutan tindakan ahli-ahli GMP yang membantah polisi ini kerana ia bukan sahaja membebankan pelajar malah tidak bersesuaian dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.Isu penguasaan bahasa inggeris ini seringkali menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia dan pada 1 Februari 2010 yang lalu,rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun depan.Dalam kenyataan tersebut,kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius untuk mensyaratkan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mestilah lulus dalam subjek bahasa inggeris bagi memperolehi sijil penuh.


Dalam keratan akhbar utusan yang bertarikh pada 2 Februari 2010,Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga selaku timbalan perdana menteri menyatakan,apabila sitem ini dilaksanakan pelajar akan lebih memberi perhatian terhadap bahasa inggeris.Walau bagaimanapun,penyataan dari ketua pengarah pelajaran iaitu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menjelaskan mata pelajaran Bahasa Inggeris sekarang diajar menggunakan kaedah `Communicative English’ bagi memantapkan penggunaan bahasa kedua itu di kalangan pelajar.

Menurut beliau lagi kaedah `Communicative English’ ini digunakan sejak awal 1980-an bagi menggantikan kaedah pembelajaran tatabahasa, sekali gus meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan.

Ini berbeza dengan kaedah terdahulu yang menekankan pemahaman tatabahasa berbanding komunikasi, tetapi kaedah kini adalah sebaliknya dengan menekankan komunikasi.Penyataan ini telah menimbulkan reaksi yang kurang senang pada timbalan perdana menteri.

Pada pandangan saya, setiap cadangan itu pasti ada pro dan kontra dan ini tidak ketinggalan bagi isu ini.Cadangan untuk memperkenalkan sistem ini adalah difikirkan bersesuaian dengan pelajar tetapi bukan pada waktu sekarang. Jika kita lihat melalui pemikiran pelajar yang menganggap sistem ini membebankan,sampai bila-bila pelajar tersebut tidak akan dapat menguasai bahasa inggeris dengan sempurna.Bagi saya,jika kerajaan ingin mengambil langkah yang inisiatif dengan menjadikan sistem ini sebagai satu cabaran kepada pelajar,ianya mungkin dapat memberi kesan kepada pelajar.Oleh yang demikian,pelajar akan lebih memberi tumpuan terhadap subjek bahasa inggeris bagi mendapatkan sijil penuh dalam SPM.

Tetapi,jika direnung kembali kita juga perlu fikirkan status penduduk itu sendiri. Contohnya, bagi penduduk yang tinggal di ibu kota atau di bandar,mungkin sistem ini tidak menjadi masalah kepada mereka kerana kehidupan seharian mereka sendiri lebih terjerumus ke arah penggunaan bahasa inggeris.Hal ini berlaina dengan penduduk luar bandar. Cara hidup dan pengaruh sekeliling mereka yang jauh berbeza antara mungkin menjadi faktor perbezaan ketara dan penyebab jurang penguasaan bahasa inggeris antara kawasan di bandar dan kawasan luar bandar.Jurang lain yang kita dapat lihat ialah kemudahan di sesuatu kawasan terebut sendiri.
Di bandar serba serbi lengkap dengan kemudahan sekolah yang canggih, kelas tuisyen yang bagus dan ibu bapa yang berkemampuan untuk menghabiskan wang bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat sistem pembelajaran yang sempurna.Selain itu,di bandar juga,anak-anak dapat menikmati kemudahan internet dengan senang,kehidupan dengan komputer yang menyeronokkan dan saya percaya bahawa kebanyakkan komputer di Malaysia adalah menggunakan pengisian yang lebih melibatkan penggunaan bahasa inggeris.


Hal ini berbeza sama sekali dengan keadaan di luar bandar.Di luar bandar sosio-ekonomi mereka tidak semaju di bandar dan mereka mungkin mengharapkan guru di sekolah sahaja bagi memperoleh ilmu dan yang lain terpulang pada diri mereka masing-masing.Mereka juga tidak dapat mengecap kehidupan seperti kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Di samping itu,guru juga merupakan faktor yang penting dalam merealisasikan idea ini kerana guru adalah penyumbang kepada ilmu yang bakal digapai oleh anak-anak bangsa kita ini. Guru yang berkhidmat di pedalaman atau di bandar sama sahaja dari segi kebolehan. Mereka menerima latihan dari institut perguruan atau universiti yang rata-ratanya mempunyai silibus yang sama. Cuma mungkin sejauh mana mereka berusaha mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran memberi kesan kepada pelajar.

Justeru,guru perlu dibimbing dengan lebih baik dan diberi pengajaran yang lebih intensif terutamanya dalam bahasa Inggeris sebelum idea ini diwajibkan ke peperiksaan SPM.Mengikut statistik SPM yang lalu, pelajar yang lulus mata pelajaran ini adalah di sekitar 70% dan ini bermakna jika idea ini dijalankan, lebih kurang 30% pelajar akan keciciran dan gagal menerima sijil mereka, suatu jumlah yang besar jika difikirkan kembali.


Menurut kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keratan akhbar tersebut,lebih 300 guru asing akan diambil bagi memantau prestasi guru-guru subjek bahasa inggeris tempatan mulai tahun depan.Tetapi,sejauh manakah cadangan ini dapat memberi kesan kepada prestasi guru-guru dan sekiranya ini berjaya meningkatkan prestasi guru dalam sistem pengajaran,adakah sistem pembelajaran juga dapat dipertingkatkan.

Mungkin apa yang perlu dilakukan sebelum sistem ini dapat dijalankan,pihak yang berkenaan perlulah turun padang bagi melihat sendiri keadaan pembelajaran dan pengajaran di sekolaah-sekolah termasuk di sekolah luar bandar.Dengan ini,saya percaya kerajaan akan dapat mengenalpasti masalah yang mungkin akan timbul semasa sistem ini dijalankan kelak.
Selain itu,sistem pembelajaran bahasa inggeris di sekolah juga kebanyakkanya lebih menekankan supaya pelajar dapat menjawab soalan-soalan di dalam peperiksaan walhal apa yang lebih diperlukan adalah kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa inggeris.Bagi pendapat saya,pelajar-pelajar akan lebih cenderung untuk belajar bahasa inggeris bagi menjawab soalan-soalan di dalam peperiksaan sahaja dan bukannya digunakan untuk berkomunikasi.Malaysian University English Test(MUET) adalah salah satu langkah yang paling berkesan bagi meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.


Oleh yang demikian,pada pandangan saya kerajaan mungkin boleh mengambil langkah yang bersesuaian dengan memperkenalkan sistem pembelajaran ini pada pelajar-pelajar di sekolah dan memansuhkan sistem pembelajaran bahasa inggeris yang sedia ada.Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.Tidak salah jika kita memperkenalkan sistem yang baru kepada pelajar dan bukannya menjadikan paksaan sebagai medium untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa inggeris.Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, kita memerlukan perubahan drastik dan kita tidak boleh terkongkong dengan kaedah yang sedia ada. Kerajaan tidak seharusnya membebankan pelajar dengan sistem yang sedia ada.

Saya juga yakin dan percaya, dengan adanya pengurusan yang baik sebelum sistem ini dijalankan,kementerian yang berkenaan mampu mencorak masa depan negara bagi melahirkan pelajar yang berkualiti justeru membimbing muda-mudi harapan bangsa menjadi pemimpin yang berkualiti kelak.Semoga negara kita akan terus memartabatkan pelajaran dalam negara bagi menjamin negara akan terus maju setapak ke hadapan bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Sekian.

Sunday, February 7, 2010

Doomsday....


TANDA-TANDA BESAR

-Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
-Lahirnya Dajjal.
-Keluar asap tebal.
-Turunnya Nabi Isa a.s.
-Kemunculan Imam Mahdi.
-Matahari terbit dari ufuk barat.
-Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
-Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
-Runtuhnya Ka'abah
-Terdengar tiupan sangkakala pertama.
-Ada azan tak di jawab
-3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

TANDA-TANDA KECIL

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

>Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

>Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

>Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzik“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

>Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
>Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak " Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

>Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
>Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

>Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

>Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

>Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

>Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

>Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

>Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

>Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

>Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

>Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

>Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
>Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
>Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
>Orang akan melakukan homoseksual.
>Akan terdapat ramai anak luar nikah.
>Berkurangnya sifat amanah
>Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
>Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
>Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
>Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
>Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
>Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

>Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
>Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara..
>Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
>Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

>Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

>Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap or]ang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”


>Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”


>Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”

>Banyaknya berlaku gempa bumi
>Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
>Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”

>Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
>Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”

(sumber rujukan -wikipedia)

Renung-renungkanlah..

Surah Al-Insyiqaaq

Terjemahan Ayat

1.Apabila langit terbelah,
2.Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
3.Dan apabila bumi diratakan,
4.Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
5.Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
6.Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).
7.Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
8.Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
9.Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
10.Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
11.Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
12.Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
13.Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
14.Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
15.(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
16.Maka Aku bersumpah, demi mega;
17.Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
18.Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
19.Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
20.Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
21.Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
22.(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
23.Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
24.Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
25.Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.



Tafsiran
Ayat pertama menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu diceritakan apabila langit terbelah, iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan bintang juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak Allah. Kini, semua jasad langit berjalan pada aturan yang tetap dan serentak sehingga terbentuknya keharmonian alam. Namun dengan kuasa Allah, kelak, gugusan-gugusan bintang itu akan mengalami ketidak seimbangan atau kekacauan sistem sehingga terjadilah runtuhan alam semesta, seperti firman-Nya.


Terbelahnya langit merupakan bentuk kepatuhan alam semesta pada kuasa dan kehendak Allah. Tiada fenomena di muka bumi dan alam semesta ini yang terjadi disebabkan kebetulan. Seluruhnya adalah disebabkan izin, kehendak dan kekuasaan Allah. Selepas Allah membicarakan kehancuran yang akan terjadi di langit, kita dibawa untuk bertafakur tentang bumi tempat kita menginjakkan kaki.


Ayat yang seterusnya menggambarkan perkara yang akan terjadi pada hari kiamat iaitu bumi menjadi rata, seluruh isi bumi akan digulung, gunung-gunung yang menjadi pasak bumi akan tercabut sehingga hilanglah keseimbangan bumi. Bumi akan memuntahkan segala isinya iaitu lahar yang mendidih, api, gas panas, dan segala apa yang ada dalam perut bumi akan dikeluarkan hingga kosong.

Penghuni bumi akan sangat ketakutan. Ibu yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.

Peringatan dan muhasabah

Setiap saat yang kita isi dengan pelbagai kegiatan dan pekerjaan, pada akhirnya akan menghantar kita kepada kematian. Seperti firman Allah:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

(sumber rujukan - wikipedia)

Kenapa hidup ni menyusahkan.....


  • Kita seringkali mengalami masalah ketika menjalani proses 'kehidupan'..Bagi segelintir manusia terutama mereka yang hidup di dalam kesusahan,kehidupan mereka penuh dengan masalah...Tidak dinafikan,bukan mereka sahaja yang mempunyai masalah,bahkan bagi mereka yang yang tergolong dalam status berada turut mempunyai masalah..Masalah di dalam kehidupan amat membebankan..Tetapi sejauh mane bebanan yang dihadapi memberi kesan kepada kehidupan kita..

    Kalau dikaji secara terperinci,bebanan akan menyebabkan pelbagai masalah dan memberi kesan yang dalam kepada pemikiran seseorang..Bebanan juga turut akan menyebabkan konflik pada emosi..Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?...Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat,emosi bermaksud keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang...Perubahan ini berlaku pada jiwa atau fikiran manusia secara perlahan-lahan sehingga boleh menyebabkan wujudnya konflikasi pada emosi..Salah satu daripada bentuk masalah emosi adalah tekanan perasaan(stress)..

    Motif saya menulis blog ini adalah ingin membincangkan masalah emosi terutamanya masalah emosi dikalangan remaja..Saya selaku seorang pelajar di ipta juga tidak menafikan yang saya selalu mengalami tekanan(stress) terutamanya di dalam konteks pembelajaran..Kebiasaanya,seseorang yang mengalami masalah ini akan bertindak di luar kotak pemikiran dan jika kita lihat,contoh yang paling jelas adalah dengan membunuh diri..Ini akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung dan tdak ditangani secara menyeluruh..Pemikiran sesorang manusia itu sendiri turut memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini..

    Jadi,bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah stress..Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar,di sini saya ingin berkongsi bagaimanakah cara yang praktikal dapat dilakukan bagi menangani masalah yang sering membelenggui kehidupan seharian manusia..Check it out!!!


    1.Musik.

    Jika anda seorang peminat musik yang berteraskan hardcore,salah satu cara terbaik adalah dengan menghayati elemen-elemen yang terdapat di dalam lagu tersebut..Tetapi sekiranya anda seseorang yang berjiwa sentimental,lagu berunsurkan sentimental adalah yang terbaik..Jika anda seorang pelajar yang meminati lagu sentimental,cuba untuk mendengar lagu sentimental band-band dari luar..Secara tidak langsung,anda dapat meningkatkan bahasa inggeris anda!...Yang penting,cara yang terbaik untuk mengatasi masalah emosi adalah dengan mendengar lagu yang anda minati.

    2.Al-Quran.

    Seperti yang kita tahu,Al-Quran adalah penyelesaian kepada masalah..Jadi,kepada yang beragama islam,tidak salah jika anda cuba untuk membaca Al-Quran.Jika tiada, anda boleh membaca zikir-zikir yang mudah.

    3.Meluahkan perasaan anda kepada sesorang yang rapat dengan anda(bercerita dan mendengar cerita).

    Kajian di negara-negara barat membuktikan,salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah melalui mekanisma perbualan...Melalui perbualan,seseorang manusia itu dapat meluahkan masalah atau dalam konteks yang lebih jelas adalah berkongsi masalah anda!..

    4.Melihat perkara-perkara yang indah.

    Cuba untuk melihat perkara-perkara yang menenangkan..Contohnya,anda boleh cuba melihat ikan di dalam aquarium,melihat burung yang berterbangan di udara dan melihat kehijaun alam sekitar..Stress anda mungkin akan berkurangan..

    5.Pernafasan yang baik.

    Pernafasan yang terbaik adalah dengan menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dengan mulut.Cara ini dapat meningkatkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam sel darah anda dan secara tidak langsung ini akan membolehkan otak anda menyerap lebih banyak oksigen..Otak yang mengandungi lebih banyak oksigen akan bertindak lebih aktif dan ini akan dapat mengurangkan masalah stress.Mungkin sukar untuk mengawal pernafasan anda dengan betul,tetapi cuba bernafas dengan cara ini selam beberapa minit dan stabilkan pernafasan anda.Pejamkan mata,tarik dan hembus nafas beberapa kali,fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.Insyallah,anda akan mampu berfikir dengan lebih tenang..Cara ini juga penting dan amat praktikal ketika berada di dewan peperiksaan..

    6.Kawal pemakanan anda.

    Pemakanan amat penting dan pemakanan juga turut mempengaruhi tindakbalas sistem badan..Kurangkan makan daging merah..Diketahui bahawa daging adalah penyumbang kepada penyakit darah tinggi dan darah tinggi juga adalah salah satu penyumbang kepada masalah tekanan..Pengambilan yang sedikt mungkin diperlukan dalam hidup anda..Umpama bidalan,sikit jadi penawar,banyak jadi racun..Selain itu,banyakkan makan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang tinggi seperti epal dan orange..Elakkan juga mengambil makanan segera kerana makanan segera kebanyakkanya mengandungi bahan pengawet dan bahan ini adalah bahan yang tidak sesuai untuk sistem badan manusia..

    7.Melakukan aktiviti yang menenangkan.

    Melalui kajian,melakukan aktiviti yang menenangkan adalah salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah stress.Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang menenangkan:

    *Menangis
    *Mandi air suam
    *Memeluk dan bercakap dengan bayi
    *Mengamalkan teknik urutan yang betul
    *Melakukan senaman yang ringan
    *Menyiram pokok bunga

    Jadi jelaslah bahawa langkah terbaik bagi mengatasi masalah emosi atau masalah tekanan bermula dari pemikiran anda sendiri..

    So,STOP STRESS AND START LIVING!!!